Posts

Masalah kita, banyak berfikir dan cakap...

Pernah tak kita tertanya kepada diri kita sendiri, kenapa selama ini aku jahat sangat? Perintah Allah aku tak endahkan, sunnah rasulullah saw aku tak amalkan dan kata-kata ibubapa aku abaikan... kenapa semua itu berlaku sebenarnya? Memang terdetik dalam hati aku nak berubah sangat-sangat, taknak dah buat orang lain tak suka dengan sikap aku ni. Tapi bila? bila masanya yang sesuai? Hari ni aku tak solat, dalam hati terdetik serangkai kata "Takpe, esok aku solat cukup laa" tapi hakikatnya tak juga dibuat. Mengapa hati kata lain tapi amalnya buat lain? Itulah masalah kita sebenarnya, mungkin bila kita fikir kita nak berubah jadi baik kita akan jadi baik, tapi hakikatnya tak jadi. Reality is, ada syaitan yang menghasut kita. Setiap kali kita berniat dan fikir nak buat perkara baik, syaitan berkobar-kobar nak hancurkan niat kita itu. Yang akhirnya niat kita itu jadi niat yang tak sudah... Oleh itu, kita kalau nak berhijrah kata orang lah kan. Makna kata, nak buang yang keruh da...

DIPENJARA SEINDAH BICARA

     “Bicara adalah merupakan kemampuan untuk mengucapkan bunyi-bunyi artikulasi atau kata-kata untuk mengekspresikan, menyatakan serta menyampaikan segala apa yang ada di fikiran (idea), gagasan, dan perasaan yang dirasa di dalam hati” (Tarigan, 2008). Demikian merupakan definisi yang boleh dikira cukup lengkap bagi kita untuk memahami dengan mudah, bahawa seseorang anak adam itu tidak akan berbicara melainkan ada tujuannya; baik untuk mengatakan sesuatu yang ada di fikirannya, atau mungkin menyatakan apa yang dirasakan dalam dadanya, seperti cinta seorang lelaki kepada seseorang perempuan yang disukai, tampaknya begitulah. Bicara, mengekspresikan kata-kata beserta nada suara mengikut bait yang sedia ada, semua orang mampu berbuat demikian kerana itulah antara kurnia Tuhan kepada hambaNya. Ada yang berbicara dan bicaranya itu mampu melepaskan dirinya daripada sesuatu hal, manakala ada sesetengah yang lain berbicara dan bicaranya itu mampu memenjarakan diri mereka di...

Merenung untuk menanam Syukur

Kenangan lama biarlah aku simpan untuk dibuat tatapan semasa aku sudah mula merindui. Kenangan lama itu biarlah aku kunci sahaja dalam benak fikiran dan kotak memori aku, aku tidak akan mula mengenang walau ia menyimpan seribu satu kebahagiaan ataupun kedukaan, jikalau diingat pasti perit tikaman masa lalu dirasa. Lebih perit daripada kulit dada dicarik-carik. Mungkin? Kata orang, masa lalu atau kenangan silam ibarat cermin sisi sesebuah kenderaan. Cermin sisi terbaik jika hanya dipandang sepintas lalu untuk keselamatan pemandu, namun akan menjadi keburukan dan padah jika dipandang terlampau lama hingga mengabaikan pandangan hadapan. Begitulah juga kehidupan, masa yang lampau bukanlah bagiku ia buruk seburuk selamanya, ia boleh menjadi baik jika kita hanya merenung akan ia bertujuan untuk keselamatan kita pada hari berikutnya. Tapi, sebagaimana cermin sisi itu tadi, kenangan yang dulu jika direnung, ditatap, diingat-ingatkan terlampau lama ia boleh mengundang parah dan padah kepad...

Jangan Mengalah

Salah satu kesilapan besar yang telah kita buat hingga hilangnya nikmat 'berjuang' adalah membanding-bandingkan ujian yang kita terima dengan ujian orang lain. Sakitnya 'medan peperangan' yang kita rasai hari ini mungkin tidak dirasai oleh orang lain, mungkin juga mereka tidak memahami. Mereka pernah merasai atau tidak, memahami keadaan kita dari awal hingga akhir atau tidak, itu bukan alasan untuk kita memperlekeh-lekehkan ujian kita dengan dengan ujian orang lain. Mengapa p erlu merasa besarnya ujian yang Allah turunkan kepada kita, hingga tidak terasa nikmat ujian itu? Bukankah hadirnya sesuatu ujian itu untuk menguatkan? Fitrahnya, alaminya begitu. Bukannya kita tidak mampu, kita cuma belum temui kekuatan kita yang sebenar atau belum kenal setakat mana kekuatan kita. Sentiasa bersangka baiklah kepada Tuhan. Kerana kehidupan itu sendiri tidak akan hidup (ada) melainkan dimulakan dengan 'tangisan'. Kata mudah: "Sungguh, bersama kesulitan itu ada k...

Mung tahu doh...

Image
Dengan nama Allah lalu aku nukilkan. Duduk seorang diri selalu duk pikir apa benda aku tengah buat sekarang ni... Haih macam takde hala tuju dan matlamat dah. Duk pikiaq lagi, apa benda la aku nak jadi in next 5 and 10 years from now... Selalu persoalkan benda2 macam ni. Rasa membazir masa pun ada. Rasa memperbodohkan diri pun ada. Actually, ekceli... Benda yang kita buat tu sebenarnya berdasarkan pilihan kita juga... Takkan la kita buat sesuatu melainkan kita tak pilih ye dak! Nak order air pun kena pilih, dalam banyak2 jenis air, air buah air teh air milo, kau pilih ais kosong. Tu namanya pilih. So, jangan kau tanya lagi kenapa kau sedang berada dalam keadaan itu dan keadaan ini... Apa yang penting, kau teruskan je hidup kau tu. Selagi mana ia tak memberi keburukan, teruskan berada dalam kebaikan! Walau kau tak suka, walau kau rasa kau tak mampu hadap. Percayalah, kau belum kenal lagi kekuatan sebenar kau! Kemong, tunjukkan kekuatan sebenar kau!  Jangan lupa juga, apa yang kau ...

Buat aku terfikir

Assalamualaikum.      Jauh disudut kata hati aku, aku pernah terfikir.... jap fikir itu pada akal kan? bukan pada hati betul tak? err, sebenarnya pada buah fikiran lah (otak/akal) aku terfikir, kenapa Allah beri sesuatu yang tidak pernah aku minta? kenapa Allah jadikan sesuatu perkara bukan pada waktu yang aku inginkan? dan kenapa Allah beri ujian yang sedih, berat, dukacita, kesusahan, keperitan dan sebagainya saat aku sedang berbahagia? aku terfikir, mungkin Allah jadikan ini semua bersebab, ya bersebab! tapi apa yang aku fikirkan tu? aku fikirkan apakah sebabnya...      Aku terfikir, apakah asbabnya Allah jadikan semua itu? Maha Suci Allah yang Mengetahui segalanya samada dalam pengetahuan atau diluar pengetahuan kita. Kenapa Allah berikan sesuatu perkara padahal aku tidak pernah pun minta? Mungkin Allah nak tunjuk bahawa ada sesuatu yang lebih baik daripada benda yang aku minta? mungkin perkara atau benda yang aku minta itu buruk bagi aku. Aku tak ...

Maluku Hatiku.

Image
assalamualaikum wbt "Allah sahaja yang menjadikan yang mungkin dan mentiadakan yang mungkin" - Tuan Guru Ustaz Razak Apa yang dimaksudkan oleh ustaz Razak tu? maksudnya, dalam dunia ini, dalam alam ini, hanya Allah sahaja yang ada kuasa untuk "mewujudkan" sesuatu dan "mentiadakan (mematikan/memusnahkan)" Sama juga dengan jodoh, semua jodoh kita boleh dikatakan telah ditetapkan oleh Allah sejak kita berusia 4bulan dalam kandungan, masa itulah Allah meniupkan roh kita. Menulis sama ada hidup kita akan senang atau celaka, miskin atau kaya, dan qada' dan qadar kita pun turut ditulis ketika itu. But, saya taknak berhurai atau bermadah tentang itu. Saya nak bermadah tentang ikatan ukhuwwah atau remaja sekarang lebih gemar memanggilnya "CINTA". Cinta adalah sesautu fitrah manusia yang tidak dapat kita ungkapkan dengan kemanisan bahasa. Tetapi, ia dapat diungkapkan dengan rasa dan kehadirannya dalam hati serta jiwa seseorang....

Wahdaniah artinya Esa

Sifat Allah Wahdaniyyah yaitu esa atau tunggal. Hal ini sesuai dengan kalimat syahadat, Asyhadu alaa ilaa ha illallah, Tiada Tuhan selain Allah. “Sekiranya ada di langit dan di bumi ilah-ilah selain ALLAH, tentulah keduanya itu sudah rusak binasa. Maka Maha Suci ALLAH yang mempunyai Arsy daripada apa yang mereka sifatkan. “ (QS. Al-Anbiya: 22) Tuhan Allah bersifat Wahdaniah. Artinya Esa, Tuhan Allah Maha Esa, mustahil Ia banyak (berbilang) kalau Ia banyak tentu timbul perselisihan atau perbedaan paham antara mereka dan akan binasalah alam ini karena yang satu membawa ke hilir dan yang lain membawah ke mudik. Karena itu Allah Esa, Maha Tunggal. Dalil sifat ini ada di dalam Al-Quran. Artinya : “Dan Tuhanmu adalah Allah yang Esa, tiada Tuhan selain Dia, Pengasih dan Penyayang” (Al-Baqarah:163) Allah itu maha Esa, Allah itu satu. Satu itu kalau pada benda dapat dibelah-belah, tapi Allah tidak dapat dibelah-belah. Berarti satunya Allah juga berbeda dengan satunya makhluk. Satu secara makhlu...

Sifat-sifat wajib bagi Allah

Berikut adalah 20 sifat wajib bagi Allah: 1. Wujud artinya Ada 2. Qidam artinya Terdahulu 3. Baqa’ artinya Kekal 4. Mukhalafatul lil Hawadisi artinya Berbeda dengan makhluk-Nya 5. Qiyamuhu Ta’ala Binafsihi artinya Berdiri dengan sendiri-Nya 6. Wahdaniyat artinya Esa (zat, sifat & af’alnya) 7. Qudrat artinya Berkuasa 8. Iradat artinya Berkehendak 9. Ilmu artinya Mengetahui 10. Hayat artinya Hidup 11. Sama’ artinya Mendengar 12. Bashar artinya Melihat 13. Kalam artinya Berfirman 14. Qadirun artinya Maha Menguasai 15. Mu’ridun artinya Maha Menghendaki 16. ‘Alimun artinya Maha Mengetahui 17. Hayyun artinya Maha Menghidupkan 18. Sami’un artinya Maha Mendengar 19. Bashirun artinya Maha Melihat 20. Mutakallimun artinya Maha Befirman (ana hanya copy/paste daripada laman yang lain.

Kepulan Awan Di Langit

Image
Assalamualaikum wbt      Sedihnya hati bila aku tengok perempuan zaman sekarang, bukan nak dikata jahat. Tapi, hakikatnya mereka masih lagi jahil dengan selok belok agama. Ada istilah yang mengatakan " Akan ada perempuan yang memakai baju tapi telanjang ". Sekarang kita dah boleh nampak dah, setiap kali aku keluar rumah mesti jumpa punya. Ada yang bertudung tapi tudungnya singkat dan jarang, ada yang memakai baju tapi lengan bajunya pendek dan ketat, ada yang memakai seluar tapi seluarnya ketat (skinny jeans).      Aku tak tahu apa masalah mereka, aku cuma nak tekankan pendirian mereka. Apa mereka ini tak ada maruah kah? atau mereka sengaja untuk menjatuhkan maruah mereka sendiri? Wallahualam. Tapi yang penting, aku, kau, kita semua ada tanggunjawab masing-masing iaitu menegur kesalahan mereka. Walaupun kita sendiri tak sempurna, tak apalah. Anggap sahaja teguran yang kita beri pada mereka itu juga untuk kita sendiri. Jangan takut, Islam tak halang oran...